Perjalanan dari Sydney ke Christchurch mengambil masa selama 3 jam dengan New Zealand Air. Stewardess sini semua dah pangkat umur pencen kalau di Malaysia tp salute dia orang sebab memang servis memang A+++. Memang sangat friendly n helpful. Mesti depa kecik hati sebab kami jamahl sikit ja meal provided. Vege food memang X layan lah.
Cuti kali ni tetap happening walaupun Encik Suami masih belum pulih 100% lepas accident 7/12/15. Kesian jugak sometimes but we take it as a small deal. Dugaan Allah kepada hambanya.
Sampai di Airport masa untuk mengadap kastam. Alhamdulillah everything gone smoothly. Beg makanan, ubat and toiletries memang kami letak dlm satu beg so nak buka untuk custom check X de hal.P/s sila bawa makanan dlm tin X kan ada masalah. Beras, gula , minyak, garam Dan yang sewaktu dengannya beli ja kat sini.
Satu lg lupa nak story kali kami jelajah south New Zealand via caravan aka campervan or motorhome. Sila tunggu untuk siaran tergendala...
Keluar dr Airport dah ada representative dari Ahmad Caravan tunggu. Alif, student Malaysia yg buat degree di Dunedin University sambut kami. Thanks Alif for good hospitality.
Peace Alif..
Kami check in di Airport Getaway Hotel. Sebelah airport ja lah kalau namapun ada airport kan. Sampai di airport terus dial no. 26 kat tempat phone yg byk tu terus sambung ke front desk hotel. Dlm 5 minit akan ada shuttle free yang pick up and 5 minutes onwards dah sampai hotel.
Hujan renyai renyai menyambut kedatangan kami ke sini. Selesa family room kami dapat. Just ground floor sesuai dengan fizikal Encik Suami yang X berapa elok.Pukul 10:30 pagi local time kami check in. Lega dapat masuk awal. Kalau ada bilik free normally dia akan allow untuk check in awal. Check out sini 10:00 pagi ye tuan tuan.Rest and relax dulu.
Ada dapur , living hall dan dua bilik. Memang selesa bilik ni untuk kami berlima.
Petangnya free and easy. Dah ada 3 family yg sampai sini so kami decided keluar ronda ronda city sambil shopping benda makan.
Receptionist hotel pun very helpful bg direction untuk kaki sampai ke station bas ke town. Tambang ke town dalam 3.60NZD untuk dewasa. Kat tiket appear byr sekali ja untuk harga tu. Kanak2 free. I like .Kami stop depan depan bus stand Westfield . Sini ada supermarket ala ala econsave / tesco . Beli stok beras, gula, minyak siap siap. Esok just beli makanan basah.Food court sini ada makanan halal Turkish kebab dgn satu g kalau X silap nama kiosk tu Shaibana.Yang ni jual nasi yang best.
Seronok bila cuti macam ni . Jimat sikit bila duit Malaysia X berapa nak sejahtera.GST kutip berpuluh billion tapi currency dok jatuh jugak. Bengang betul ngan Pak Jib. Tetiba saja meluap kemarahan hamba.
Masak yang simple simple saja . Antara menu sepanjang 10 hari di sana nasi goreng, macaroni cheese, sambal tumis bilis, ayam goreng , salmon and the rest pakai instant Pak Berahim ja. Best jugak naik bas . Balik ke hotel siap sesat lagi akhirnya kami sampai ke Sumner. Kawasan paling hujung di Christchurch . Macam Batu Feringgi . X kisah la sesat pun sebab terlalu teruja dengan scenery sepanjang perjalanan kami. Syoknya sini naik bas bayar utk sekali saja. So patah balik dengan bas yang sama free of charge. Berbaloi jugak.
Ni la bus purple line kalau nak ke town. Memang salute tengok mat saleh bekerja. Tak kiralah casher ke, driver or general workers pun memang cuba hulurkan servis yang terbaik. X de langsung muka cuak bila kita tersilap or salah.
Balik bilik check sim kad pulak problem. Nasib baik Razlin, our tour leader nak ke airport pick up family yang sampai so kirim kat dia untuk settlekan .Kat sini beli satu ja sim kad vodafone masa sampai di airport. Dalam caravan buka hotspot untuk sharing. 5GB boleh cover 10 hari surfing time di sini. Tapi Kami top up juga untuk 20NZD the day before balik sebab nak guna untuk last minit booking hotel.
Malam masak sikit , siap baju untuk esok and rest. P/s tak yah bawa baju banyak sangat unless you memang retis ye. Sini ada fast laundry for wash n dry. Jadi boleh basuh n kering within 2 hours.Kami memang recycle baju balik saja . Satu beg baju X terpakai sebab X kena tema. Mana taknya baca forecast cuaca cerah , namapun jalan masa summer tup tup sampai sini cerah tapi sejuknya gigil gigil 12 - 16'C.
Pagi esok lepas breakfast kat bilik terus gather lobi untuk ke campervan untuk urusan pick up caravan masing masing .
Posing dulu lepas check out.
Semua ok kami gerak ke depot Britz campervan via hotel shuttle. Aku dah nervous biar betul kalau aku yang kena drive van gedabak ni. At the same time tengok Encik Suami bersungguh nak cuba drive. Hope he will be ok. Kalau X akulah driver, chef, maid cum bibik. Oh tidak.
Proses untuk briefing, documentation everything ambik masa lebih kurang 2 jam. Sini lah kami mula kenal group members Dato Kazim n family, Dato Sabki n family, Faris, Wawa, En Zahid , family Kak Jah dan lain lain.
Nasib baik ada di sediakan kopi dengan segala bagai perisa. X la jemu sangat menunggu.
Finally , Jom the journey is begin...
Taklimat ringkas, test drive then jalan. Memang gayat juga mula mula drive. Lepas loading barang tetiba Encik Suami offer nak try. Aku ok je bila dia nak bawa. Katanya ok X effect kaki kiri. Alhamdulillah ... Hilang nervous akak . Nah ambik la stereng ni.
Ikut tentative tempat pertama adalah Lake Tekapo Holiday Park. Ini first stop aka parking spot kami. Sini X boleh suka suka nak stop tidur mana mana tau.even nak p toilet pun kena stop tepi dulu baru boleh qadha hajat. Sepanjang driving kena pakai seatbelt X boleh jalan jalan. That is the rule ok.
Sementara nak sampai ke Lake Tekapo kami singgah di tiga tempat untuk rest and photos.
Model la sangat..
New Zealand offer very stunning view. Tak lah rasa frust membuang duit ke sini. Pantang berhenti ja snap photo. Dalam handphone saja beribu keping X campur yang dalam kamera DSLR lagi ye.
Finally sampai lake Tekapo dah gelap. X boleh nak snap berbagai dengan sejuk nya yang nak capai paras beku ni. Arahan leader kami sampai ke parking area lepas register di receptionist kaunter terus plug in elektrik dari van ke plug di holiday park. Switch on je plug tu sampai esok nak gerak baru cabut. Make sure hose simpan balik dalam tempat di sediakan . Jangan hilangkan apa apa pun kalau X mau credit card anda di charge.
Masak yg simple je , then masuk toilet sebelum tidur . Kami X guna toilet dalam van kecuali emergency case. Sebab masing masing tak mau buat dumping . Kikiki buang air kecik ok la. Yang lain g masuk toilet dalam park ye.
Settle makan modifykan ruang ni jadi katil
yang boleh muat 2 orang. Ruang atas pun 3 orang and belakang muat sorang .
Penutup part one nak belanja gambar esok nya di holiday park tu. Semua berposing dengan bunga lupin. Part two lake Wanaka kita sambung kemudian hari.
Gadis dan bunga . Ahaks
Bye and Wassalam .
Bestnya pi NZ...tahniah sebab dah menulis blog..leh kongsi cerita-cerita menarik..
ReplyDeleteTunjuk ajarku
ReplyDelete