Monday, 21 December 2015

Part 2- Wanaka - Puzzling World


Salam bersiaran semula.

Bersambung ke bahagian II - New Zealand (selatan).

Kami bergerak ke sebuah lagi tasik besar , Lake Pukaki  dari Lake Tekapo sebelum bermalam di Queenstown Holiday Park. Tak sah kalau X stop untuk bergambar dalam perjalanan menuju ke Queenstown sejauh 275km ni.

Lake Pukaki  masih lagi terpelihara keindahan semulajadinya. Di sini banyak betul itik itik jinak yang boleh dibuat kawan. Rasanya X sampai dua jam Kami sampai di Lake Pukaki. Jam di sini dalam pukul 11 pagi. Cuaca cerah tapi sejuknya masih menusuk ke tulang ooi.

 
Tengoklah kite kalau dah jumpa kamera. Mulalah nak buat cat walk pelbagai. Mana taknya bukan senang nak dapat view yang belum ternoda macam ni kan. No jealously pls. Kat sini semua ambil gambar group . Kita promo sikit untuk team Ahmad Caravan .Tapi sayang la pulak koleksi group photo masih di dalam DSLR ku.


Itik- itik melintas riang lagi you all .Rasa damai sangat di sini. Untuk pengetahuan semua gambar gambar dalam blog ni adalah dari koleksi telefon bimbit dengan GO Pro sahaja ya.

Selesai di sini kami terus kan pengembaraan ke Puzzle World Wanaka dan Wanaka Town. Wanaka Town ni pekan kecil yang agak moden bersebelahan tasik.

Apa yang ada di Puzzle World tak lah hebat sangat tapi alang alang dah sampai masuk jugalah ke musium dia. Iliusion Muzeum yang banyak trick  dan kat luar ada bangunan yang special juga . Nah belanja sikit gambar di sini.



  
Nak ambil gambar pun kena guna trick supaya nampak real. Apapun gambar akak memang X glam kat  sini and that why X share dengan semua. Kikiki.

Sebelum sampai di sini kami singgah beli lunch dari Turkish Kebab di pekan. Kebab sini memang dapat portion besar. Puas makan walaupun share 2 orang untuk sebiji kebab.


Tengok lah beach yang awesome kat belakang tu. Ni masa singgah beli lunch. Lupa nak rekod nama pantai ni. Sekarang dah masuk summer so dah ramai mat and minah saleh dok berjemur. Kami cari angle yang paling selamat untuk bergambar. Kui kui kui.


Akhirnya, masa dah lewat perjalanan ke Queenstown. Kami tak boleh berlengah lagi.

Pejam celik pejam celik finally sampai juga ke Queenstown Holiday Park. Best sini sebab holiday park dia tengah tengah bandar. Just walking distant ke shopping area and tourist sport.

Apa yang ada di Queenstown memang awesome. Kami bermalam di sini selama dua hari. Sampai dah lewat, so malas nak jalan mana mana dalam cuaca yang sejuk gedi ni. As usual makan malam yang simple and tidur sebab esok banyak activities menunggu.

Hari mula cerah di sinari sang suria. Cewah  cewah... Lepas morning gathering, kami jalan kaki ja ke Skyline Cable Car. Naik gondola ala ala macam kat Gunung Mat Cincang , Langkawi.
Dari view deck dengan teropong pelbagai boleh tengok satu pekan Queenstown. Berzikir dengan kalimah Allah dapat pahala banyak bila dapat tengok luas nya bumi ni. Biarlah gambar yang menjadi bukti. Ahaks ahaks


Dari deck view


Anak anak siap naik ledge ala ala go kart kita. 

Inilah gondola yang kami naik. Ini team mates kami Dato Kazim and Datin Ziela. 

Habis sini masing masing bawa diri. Ada yang book Jet shot over, Bunjee jumping and so on. Aku still lagi suka cruise . Kali ni kami ke  Lake Voyage untuk cruise di Queentown. Dua jam atas kapal untuk menikmati keindahan ciptaan Allah memang berbaloi. Nah belanja sikit gambo.



Cruise satu kemestian di New Zealand ni.


Habis sini masih lagi cerah. Kami jalan jalan n shopping sourvenir sikit. Antara kedai wajib dikunjungi di sini "Champian" kedai rasmi yang menjual sourvenir Dan koleksi kumpulan All Blacks.T shirt , cap dan jersey untuk geng boboy ni. Gegirl beli t shirt New Zealand untuk kenangan.


The following day, kami gerak ke pekan kecil Patagonia . Best shopping complex di sini. Bangunan semua like tropika English designs , simple X macam di Malaysia yang bangunan hebat macam KLCC ke memang X jumpa di sini. Then, bangunan sini very eco friendly .


Museum pekan emas. Kalau nak story pasal muzium ni X muat pulak.

Belakang tu shopping house ye.

 
Tak lama di sini sebab X ada muslim food yang berkenan di hati, Kami decided balik ke caravan, masak apa yang patut , makan dan solat sebelum gerak ke Mildford Sound ,Te Anau.

Picnic time and solat. Bayangkan wuduk dalam air ais .hihihi sejuk yang amat.


Teka hidangan  kami tengok. Sapa dapat dia boleh belanja diri sendiri. Boleh gitu?

 Wuduk time cum terapi ais untuk kaki yang sakit.


Sempat jugak nak mandi adik manis ni.

Sampai sini cerita Queenstown. Jumpa lagi di siaran yang lain. Mata dah berat. In shaa Allah Ada part III. Ok  Adios.

No comments:

Post a Comment