Thursday, 24 December 2015

Dunedin

Jarak dari Te Anau ke Dunedin lebih kurang 290km. 

Dunedin merupakan sebuah bandar yang agak besar dan dihuni oleh ramai penduduk dari Scotland.Kami sampai di Dunedin tengah hari , mencari tempat parking untuk sebuah kenderaan besar dan berkumpulan memang sukar. 

Alhamdulilah dapat juga parking di tengah tengah bandar. Mungkin sebab masih awal. Hari ni hari Jumaat. Kami dijadualkan untuk melawat kilang Cadbury, solat Jumaat di Islamic Centre Dunedin, lunch di KL Aroma cafe, aktiviti bebas melawat Railway Station, shopping for sourvenirs dan kalau berkesempatan ke Istana.

 Hot chocolate . Sebelum minum kami dibawa untuk factory tour. Alhamdulilah dimaklumkan oleh kakitangan Islam yang minuman di cafe ni semua halal tapi bukan makanan. 

Sempat posing di depan kilang. 

Kalaulah semua ni bongkah emas... Kayo makcik.


Di sini kami cuma beli sourvenirs like tumbler, pencil, pen and keychains saja.

Then, terus ke masjid sebab khutbah jumaat akan dibaca awal . Solat jumaat akan bermula sebaik saja masuk waktu zohor untuk memudahkan orang bekerja datang berjemaah. First time juga dengar khutbah dalam bahasa inggeris. Teruja untuk dengar sampai habis.

Di sinilah kami berjumpa dengan rakyat Malaysia yang menetap di sini. Ramai juga orang Malaysia di sini. Ada yang sambung PH.D. di Dunedin University. Ada juga yang bekerja. Most of them are lecturers yang dah bergelar Profesor. 

Bergambar kenangan di depan Pusat Islam.

Kemudian, kami berjalan kaki saja ke Railway Station untuk ambik gambar. Ala ala bangunan Sultan Abdul Samad di KL rasanya. Musim konvokesyen di sini. So bangunan ni dijadikan antara popular spot untuk bergambar. Ada juga students Malaysia dengan family abadikan gambar kenangan berjubah di sini . 


Background stesyen keretapi.


Main entrance. Terlupa nak visit bahagian dalam sebab masa suntuk.Rugilah pulak.


Masa untuk makan. Parking kami dah expired, so lalu ke kawasan public parking, top up for 2 hours ( cukup kot lunch dengan shopping sikit). Banyak Universiti di tengah tengah bandar ni. Medical college sini besar dan Kolej dia skated. 


Makan di KL Aroma Cafe.
Kebanyakan restoran di sini lebih sesuai untuk take away concept. Simple saja  dengan decoration yang minima. Bestnya di sini kami jumpa makanan Malaysia . Nasi lemak , char keow Teow Penang, nasi putih dengan kari ikan. Memang puas hati walaupun kalau convert ke duit kita lunch saja kami spend RM3++.

Sempat Razlin buat suprise beli kek harijadi untuk belated birthday Encik Mustafa. 
Happy birthday to you. Gambar kek X sempat snap. 

Sedap menjamu selera baru sedar masa untuk shopping tinggal 40 minit. Masing masing kalut . Boxing day dah mula . Harga barang di sini still ok tapi tak lah murah sangat. Sempat juga grap sweater, t shirt, kardigan dengan seluar anak anak. 

Selesai semua kami bergerak ke Dunedin Holiday Park .

Sempat singgah di Moeraki beach walaupun tersesat. Kami dengan family Encik Zahid tetiba terpisah dengan lima caravan yang lain. Nasir baik ada handphone dan GPS sampai juga kami ke sini.

Moeraki beach adalah kawasan laut yang dipenuhi dengan batu batu besar yang sangat unik. Sampai di sini cuaca sangat sejuk. Anak anak semua layan tidor. At last kami berdua saja yang keluar menikmati cerita batu di sini.Malangnya half way Encik Suami dah give up. Tak larat nak jalan ke batu batu tu. Ok bye I bawa diri dulu sorang sorang join kekawan di sana.

Macam telur raksasa.

Dah letih berjalan.

Terpaksa selfie... Huhuhu

Dari sini ke Dunedin Holiday Park dah dekat. So kami sampai dalam pukul 7 mlm rasanya. 

Dah sampai

Taklimat untuk esok. 

Esok kami bergerak ke Timaru. Bermalam di sana sebelum balik ke Christchurch untuk urusan penghantaran semula caravan. Semoga dipermudahkan Allah.

Penutup bahagian ni , inilah gambar gambar kenangan kami di Dunedin.

Sebaik sampai, Encik Suami suruh ambik gambar kenangan.

Group yang happening.

Bye jumpa lagi di next episode . Nantikan cerita Timaru & Christchurch in shaa Allah




No comments:

Post a Comment