Wednesday, 30 December 2015

Timaru - Christchurch

Hai hai hai....

Bersambung lagi sementara masih fresh. Niat kali ni nak selesaikan cerita di NZ secepat mungkin. Kalau bertangguh alamat jadi macam trip trip yang lepas lah. Bila malas menyerang, akak memang memeram segala kenangan dlm kotak memori saja. Boleh ja kalau nak tulis sebab itenary backpacker masih tersimpan dalam komputer. Alasan, masa membataskan.. Hehehe

Kami sampai di Timaru sudah malam. Satu lagi yang lupa nak bagitau di episod awal, di New Zealand masa ni siang terlalu panjang. Subuh di sini dalam pukul 3:45pagi. Pukul 4:30 dah cerah. Zohor dalam pukul 1pm , Asar 5:30pm , Maghrib pukul 8 lebih dan Isya' pukul 9:30 pm.

Sampai masing masing dah letih . Cuma makan dan rehat sambil tu kena mula pack barang barang sebab esok kami akan kembali ke Christchurch untuk urusan penyerahan Caravan.

Anak anak bujang masih lagi acara untuk melawat ke Glenorchy. Ada sikit koleksi gambar di sana. Ibu ibu X join ya. Aktiviti memasak dan mengemas tak pernah dari rutin harian kami.

Aidil join abang Is dan Razlin ke sana.

Again tasik and tasik

Esoknya kami bertolak awal ke Christchurch kerana ada yang akan ambil flight petang untuk balik. Cuma family kami yang akan stay sehari lagi untuk tour Christchurch.Inilah gambar gambar kenangan di Timaru Holiday Park.

Mood mengantuk lagi.

Rilex la sangat. Dah jom nak gerak balik

Sementara tunggu yang lain siap.

Nak pilih cara berkhemah pun boleh di sini. Boleh bawa sleeping bag yer.

Jom jalan... Perjalanan lebih kurang sejam saja ke Christchurch . Dalam perjalanan kami stop untuk isi minyak sampai penuh balik. Peraturannya ambil dengan minyak penuh , pulangkan mesti full. Kalau kat Malaysia masa ambil minyak takat sampai ke stesyen minyak saja kan. Peraturan yang memang kami salute untuk memudahkan kedua dua pihak.

Dah sampai ke Britz Campervan Centre. Urusan pemeriksaan agak lama. Tapi Alhamdulillah sebab kami dah prepare. Semua letak semula di tempat yang digunakan. Condition tip top semasa serah so we deliver with no extra charge. Walkie talkie , tourism radio dll dah letak balik.

Cerita pasal tourism radio jab. Alang alang dah ingat. Ini adalah radio yang kami dapat masa nak memulakan perjalanan. Specialnya radio ni sebabbila kita   sampai ke satu satu tourist spot tu,dia  akan secara automatik brief kita pasal history or speciality of the place. Kena turn channel ke tourism radio. 

Ini gambar kenangan terakhir kami dengan teammates. Masa untuk mengucapkan Selamat tinggal. Sedihlah pulak bila dah jadi macam family seminggu berkelana di bumi New Zealand.Hopefully, Kita akan jumpa lagi di Malaysia.

Kak Jah akan ke Melbourne , Datin Zeila akan ke Aucland untuk penjelajahan berikutnya.

Kami dihantar ke airport dengan shuttle bas.

Sampai saja, terus contact Airport Lodge Motel untuk pick up. Yes bestnya, Kanu berjumpa dengan rakyat Malaysia lagi.Christie sambut kami dengan ramah sekali. Memang friendly. Siap bagitau , kalau orang Malaysia yang stay di sini, akan dapat special room. Thank you for good hospitality ya.

Dapur satu kemestian dalam trip kali ni.

Apartment dua bilik siap dengan living hall dan kitchen. Di sini masih lagi masak menghabiskan stok yang ada. Setiap Kali nak masak di tempat baru mesti samak dulu guna clay wash yang dibekalkan oleh Ahmad Caravan. Kami masih Ada 1 botol lagi clay wash. Kena simpan untuk next trip .

Tak buang masa di bilik, minta Christie recommendkan sewa kereta ni sini. Ikut rancangan nak ke Re-Start untuk tengok kesan gempa bumi yang hampir melumpuhkan bandar Christchurch pada tahun 2011.

Inilah kereta sewa kami. Toyota Vios . Sewa sini sekali insurance dalam NZD100. Mahal sikit sebab summer time. Owner company ni X boleh berbahasa inggeris. Tapi kami ada Encik Suami yang boleh bercakap dalam bahasa kantonis. Yeah, happy tokey tu jumpa orang cakap bahasa dia. Dapat lah less sikit lagi.

Banyak cara untuk mengingati peristiwa tersebut.

Replika kenangan

Macam macam aktiviti hari cuti di sini

Sedihkan tengok kemusnahan pada masa tu

Masa lagi proses pembinaan semula.
Di sini boleh naik tram pusing bandar di Avon Lane. Malangnya servis terakhir dah memulakan perjalanan . Kami X sempat. X Ada rezeki lah . So kami jalan kaki saja di sini. 

Untuk pendekkan cerita , ada banyak tempat yang boleh Kita sampai dari Re-Start ni. Botanical garden di sebelah saja. Bagi yang nak rasa naik tram boleh berbuat demikian. Kami pilih jalan kaki saja untuk lebih jimat sebab semua tempat close to each other.

Settled di sini, sekali lagi ke Sumner sebab hari tu tak sempat nak bergambar banyak banyak. Panduan: kalau sewa kereta tak perlu sewa GPS . Guna saja waze dapat jimat NZD20.

Always be in mind, orang NZ drive dengan cara yang sangat selamat. Bagi kita orang Malaysia mengeluh juga mula nya tapi terima hakikat juga dengan cara orang sini. Harap maklum ya had pemanduan maksimum highway sini cuma 100km/jam. Bagi kawasan bandar or perumahan takat 50km/jam. Adoi sabaq ja lah.

Mana tongkat saktinya? Lama juga kami di sini bergambar. 

Masih lagi kerja kerja baikpulih. Bangunan dari kontena kot.

Sekitar kawasan utama. Tengok saja sebab budget untuk shopping very limited. Lagi pun kalau nak shopping , kat KL lagi happening kot


Plan nak ke Akaroa esok pagi untuk fish and chip yang sedap. 

Makan tak susah sangat boleh tanya encik   waze untuk port halal food. In shaa Allah akan dapat petunjuk.

Lepas ni terus balik sebab esok nak check out awal untuk continue view Christchurch city.

Esoknya, pukul 9:30 kami check out . Sayang sikit hujan renyai renyai , so masing masing malas nak keluar kereta. Missed banyak gambar sebab X boleh nak keluar, takut basah.

Tapi , rezeki kami juga sebelum lunch dalam perjalanan ke Aircraft Museum tetiba hujan yang renyai renyai tu turun sebagai salji. Hahaha semua dah jadi jakun hokey . Kami tak expect akan dapat salji. Orang sana pakat keluar ambik gambar. Kami dah tak kisah basah kali ni. 

Basah kita tukar baju k.

Boleh pakai payung macam tu?

Nak juga Encik Suami oii

Tengoklah dia , hari last pakai T shirt Ahmad Caravan. Tu tanda puas hati rasanya.
Hari ni ditakdirkan berjumpa lagi dengan Razlin dan Aliff masa nak pergi lunch. Kebetulan ada group baru sampai untuk tour kedua. Anak anak excited macam X mau lepaskan abang Alif. Alah tak mau balik la. Nak stay sini. Common ok, abang Aliff is working right now. Tak da maknanya nak manja manja. Ibu dah lapaq. Bye Alif, Razlin kita jumpa lagi di muka buku.

Lunch kami

Bye bye Christchurch airport.

Kia Ora Nez Zealand always in mind.

Apa yang kami salute pasal orang New Zealand:
Disiplin dan respect orang. Ada yang macam X suka orang Asian tapi boleh kira dengan jarilah. Most of them very friendly.

X mabuk mabuk macam di Malaysia. Boleh kita kira pub yang ada di sana . X semeriah Bukit Bintang, Ampang dan kawasan sekitarnya. Respect kat orang sana sebab di kawasan perumahan pun ada  warning signage alkohol tak boleh consume di tempat awam and yang best ada kawasan yang ban arak. Kalaulah Malaysia macam ni.

Rumah di sana tak yah pagar and grill bagai. Very safe. Kadar jenayah cuti dan rompak cuma 1%.

Anak anak main bebas di luar rumah, skating, air wheel without parent supervision pun. Jealousnya

Bila balik sini, kami motivate anak anak untuk bagi curahan ilmu yang terbaik, pergi lah further study di oversea. Biar banyak timba pengalaman di tempat orang. Apapun 2016 is coming, jom beli tabung baru for new dream place.

Adios selesai sudah. Thank you for reading .


Mengharap Redha dariNya- 2016


Salam Akhir Tahun, Salam keberkatan.

2015 bakal melabuhkan tirainya. Tahun ni banyak kejayaan yang telah dikecapi. Antaranya dapat kembali ke Tanah Suci Mekah bersama bonda tercinta, adik Dan abang ipar.

Bonda kami.

 Kedua, dipermudahkan urusan perniagaan walaupun ada cubaan dari orang orang yang rapat untuk merampas secara tidak wajar . Untuk itu, pengajaran untuk diri sendiri "Jangan terlalu terbuka bila berbicara tentang perniagaan walaupun dengan teman rapat mu" . Hati manusia kita tak dapat duga .  Satu prinsip penting dalam perniagaan adalah kalimah ukhwah mesti melebihi nilai keuntungan. 
Sedih kalau kehilangan.

Belajarlah sayang untuk lebih menghormati perasaan sahabatmu . Jangan sesekali menikam sahabatmu hanya kerana kalian mengejar keuntungan. Mungkin secara tidak sedar tetapi  tindakan itu telah membataskan persahabatan yang telah terjalin sekian lama. Apapun , aku masih bersyukur.
Alhamdulillah masih dapat berkongsi rezeki lebih dengan seluruh kakitangan NYP. 

Achievement Award. Thank you for appreciation.

Rezeki Allah juga tahun ni kami sekeluarga berpeluang lagi bercuti bersama di luar negara. Setelah penat mengumpul dan mengamalkan couple saving, taraaa memang teruja bila nampak hasil. Sistem ni kami baca melalui blog juga yang mana pasangan husband n wife bergilir gilir menabung ikut kalendar. Contohnya 1hb dimulakan oleh Encik suami dengan tabungan RM1, esoknya si isteri dengan RM2 dan seterusnya bergilir gilir mengikut jumlah tarikh kalendar sehingga tamat sebulan. Beza nya kami tak mula dengan amount RM1 terapi sebaliknya dengan jumlah besar dan semakin menurun. Memandangkan kami ada target tabungan , so sekali dengan anak anak dipaksa menabung . Meriah dengan tabung di bilik kami. Nampak hasilnya. Jadi tradisi ni akan diteruskan ke tahun 2016 ye anak anak.

Dugaan Allah datang sehari sebelum keputusan UPSR diumumkan. Encik Suami terlibat dalam kemalangan semasa balik kerja. MC hampir dua bulan. Kami redha dengan dugaan ini. Alhamdulillah, Aidil faham dengan situasi ni. Selesai mengambil keputusan perkara pertama yang di request adalah nak jumpa papa. Kita celebrate di Metro Hospital. Tahniah Aidil.

Ceria selalu.

Sayu kan tiap kali tengok kenangan ni?

Rencana Allah tersembunyi segala hikmahnya. Di saat aku betul betul sibuk dengan event, Encik Suami available untuk temankan anak anak di rumah. Kalau sebelum ni bulan December memang bulan yang super busy buat dia sampai kekadang pukul 2 pagi baru balik rumah kali ni dia dapat berehat secukupnya.  Hebat kan rancangan Allah.

Yayy dah besar anak Ibu, Ahad ni akan mula menjadi"budak hostel". Semoga pengalaman berharga ini akan menjadi guru terbaik untukmu. Penang Free School here you go. 
"ONCE A FREE ALWAYS A FREE Aidil"

Penutup 2015 disudahi dengan penyusunan jadual padat untuk memasarkan Butik online kami "IMANAMIRdesigns", temujanji dengan supplier fabrik, textiles dan kilang, program dropship, reward programmes , reservation booth, sesi forografi dan modelling . Nak redah dan harung semua secara team yer pls, tak daya eden kalau sorang sorang. Sekali lagi , Allah hantarkan seseorang untuk menghulurkan bantuan . Lega sangat bila  ada bantuan di saat memerlukan.Thank you Cik Intan for your kind help.  I really appreciate it.

Page design.

Koleksi kami

Renovation works in progress.

Photoshoot arrangement.

Terkini. Testimoni kepada diri sendiri dulu sebelum perkenal di pasaran.

Planning untuk 2016 untuk team NYP:
1. To reduce cost especially for unnecessary programme,

2. Close for new recruitment of new lawyer and staff,

3.To monitor on sale and marketing as to enhance for volume of files open,

4. Trust and be transparent,

5.Diversify,

6. Keep remind each other on ibadah especially solat  to be perform earlier. No more hujung waktu hopefully( self reminder jugak )

Last but not least, semoga Kita lebih berjaya di dunia dan akhirat di tahun 2016.





Thursday, 24 December 2015

Dunedin

Jarak dari Te Anau ke Dunedin lebih kurang 290km. 

Dunedin merupakan sebuah bandar yang agak besar dan dihuni oleh ramai penduduk dari Scotland.Kami sampai di Dunedin tengah hari , mencari tempat parking untuk sebuah kenderaan besar dan berkumpulan memang sukar. 

Alhamdulilah dapat juga parking di tengah tengah bandar. Mungkin sebab masih awal. Hari ni hari Jumaat. Kami dijadualkan untuk melawat kilang Cadbury, solat Jumaat di Islamic Centre Dunedin, lunch di KL Aroma cafe, aktiviti bebas melawat Railway Station, shopping for sourvenirs dan kalau berkesempatan ke Istana.

 Hot chocolate . Sebelum minum kami dibawa untuk factory tour. Alhamdulilah dimaklumkan oleh kakitangan Islam yang minuman di cafe ni semua halal tapi bukan makanan. 

Sempat posing di depan kilang. 

Kalaulah semua ni bongkah emas... Kayo makcik.


Di sini kami cuma beli sourvenirs like tumbler, pencil, pen and keychains saja.

Then, terus ke masjid sebab khutbah jumaat akan dibaca awal . Solat jumaat akan bermula sebaik saja masuk waktu zohor untuk memudahkan orang bekerja datang berjemaah. First time juga dengar khutbah dalam bahasa inggeris. Teruja untuk dengar sampai habis.

Di sinilah kami berjumpa dengan rakyat Malaysia yang menetap di sini. Ramai juga orang Malaysia di sini. Ada yang sambung PH.D. di Dunedin University. Ada juga yang bekerja. Most of them are lecturers yang dah bergelar Profesor. 

Bergambar kenangan di depan Pusat Islam.

Kemudian, kami berjalan kaki saja ke Railway Station untuk ambik gambar. Ala ala bangunan Sultan Abdul Samad di KL rasanya. Musim konvokesyen di sini. So bangunan ni dijadikan antara popular spot untuk bergambar. Ada juga students Malaysia dengan family abadikan gambar kenangan berjubah di sini . 


Background stesyen keretapi.


Main entrance. Terlupa nak visit bahagian dalam sebab masa suntuk.Rugilah pulak.


Masa untuk makan. Parking kami dah expired, so lalu ke kawasan public parking, top up for 2 hours ( cukup kot lunch dengan shopping sikit). Banyak Universiti di tengah tengah bandar ni. Medical college sini besar dan Kolej dia skated. 


Makan di KL Aroma Cafe.
Kebanyakan restoran di sini lebih sesuai untuk take away concept. Simple saja  dengan decoration yang minima. Bestnya di sini kami jumpa makanan Malaysia . Nasi lemak , char keow Teow Penang, nasi putih dengan kari ikan. Memang puas hati walaupun kalau convert ke duit kita lunch saja kami spend RM3++.

Sempat Razlin buat suprise beli kek harijadi untuk belated birthday Encik Mustafa. 
Happy birthday to you. Gambar kek X sempat snap. 

Sedap menjamu selera baru sedar masa untuk shopping tinggal 40 minit. Masing masing kalut . Boxing day dah mula . Harga barang di sini still ok tapi tak lah murah sangat. Sempat juga grap sweater, t shirt, kardigan dengan seluar anak anak. 

Selesai semua kami bergerak ke Dunedin Holiday Park .

Sempat singgah di Moeraki beach walaupun tersesat. Kami dengan family Encik Zahid tetiba terpisah dengan lima caravan yang lain. Nasir baik ada handphone dan GPS sampai juga kami ke sini.

Moeraki beach adalah kawasan laut yang dipenuhi dengan batu batu besar yang sangat unik. Sampai di sini cuaca sangat sejuk. Anak anak semua layan tidor. At last kami berdua saja yang keluar menikmati cerita batu di sini.Malangnya half way Encik Suami dah give up. Tak larat nak jalan ke batu batu tu. Ok bye I bawa diri dulu sorang sorang join kekawan di sana.

Macam telur raksasa.

Dah letih berjalan.

Terpaksa selfie... Huhuhu

Dari sini ke Dunedin Holiday Park dah dekat. So kami sampai dalam pukul 7 mlm rasanya. 

Dah sampai

Taklimat untuk esok. 

Esok kami bergerak ke Timaru. Bermalam di sana sebelum balik ke Christchurch untuk urusan penghantaran semula caravan. Semoga dipermudahkan Allah.

Penutup bahagian ni , inilah gambar gambar kenangan kami di Dunedin.

Sebaik sampai, Encik Suami suruh ambik gambar kenangan.

Group yang happening.

Bye jumpa lagi di next episode . Nantikan cerita Timaru & Christchurch in shaa Allah