Saturday, 18 February 2017

Pamukkale "Cotton Castle"

Tak sabar nak cerita pasal Pamukkale. Ni must visit place sebab kak rasa amongst the best place kita nak tengok kebesaran Allah.

Kami sampai sini dah petang. Dalam cuaca sejuk yang menggil- gigil , kami turun dengan penuh semangat. Mana taknya dalam bas dah cukup tidur. Lagipun, alang- alang dah sampai mesti tengok , snap pictures sebanyak mungkin.

Pamukkale ni di bahagian utara Turki. Yang famous nya di sini tasik yang bertingkat tingkat dan tak ada di tempat lain, tempat rendaman air panas dan Hierapolis Theater yang mengadap pekan kecil Pamukkale. 

Aktiviti pepagi buka email ofis .

Breakfast kami macam ni la hari hari. Dok terbayang dah roti canai dengan nasi lemak Malaysia. Tapi lunch kami dengan dinner semua sedap. Cerita pasal food dan hotel kak cuba buat dalam entry yang lain kalau ada masa na.


Ni lah tempat yang marvelous tu. Masa sampai matahari hampir terbenam. Tapi sempat jugak snap gambar gambar mada cerah. 


Ni gambar dari encik google juga kalau musim summer.

Kalau bukan musim sejuk, kak dah turun rendam kaki bagai. Ada ja yang rendam kaki kat sini sebab dlm sejuk sebab depa nak rasa hot spring kot. Tapi kak x mampu nak buka kasut deknon oi. Mana taknya, kasut yang lawa kak dah terburai tapak sebab kena salji banyak sangat kot ( lagipun dah lama tak pakai kasut tu). Sudahnya pakailah loafer yang spare ni. Cari glue dibaginya chewing gum oleh orang Turki. Takkan nak ikat dengan tali pulak. Balik malam sapu minyak panas untuk aliran darah. 

Kasut yang hanya 3 hari sempat berkhidmat kepada tuan dia.

Sejuk bebenau masa ni. 

Memang cantik kan?? Inilah gambaran kebesaran ciptaan Allah. Jom sama sama kita ucap Subhanallah and dont forget to say thank you Allah anak- anak.

Jeng jeng jeng ,nak tunjuk gambar yang kak suka kat sini. Matahari terbenam sudahnya.

No editing tau. Pakai handphone then set timer ja.

Bila travel solo , nilah kelebihannya. Boleh focus pada shooting. Sayang juga terlupa bawa plak IMANAMIR. 

Ni pulak Hierapolis theater yang masih lagi utuh. Tak boleh bayangkan macam mana orang dulu bina tempat ni secara manual dengan batu batu yang dibawa dari bawah ke atas bukit ni. Tanpa ilmu sains , sebenarnya orang dulu lebih maju.

Tak sempat lama lama sebab rushing dah nak gelap.

Bayangkan macam mana  batu batu tu disusun dan masih kekal di situ.

Favourite pic kami

X sempat nak explore kat atas sana lagi.

Teringin kalau ada rezeki nanti , nak datang masa summer. Mesti lagi cantik tasik ni. Tengok dalam tv, Romantika hari tu siap boleh turun dan ada transport macam buggy bawa ronda kat sini. Syok kan.

Dan lagi..,


Sekian dulu.  Jumpa di lain siaran . Wasalam.

No comments:

Post a Comment