Monday, 20 February 2017

Highlight of Turki- Cappadocia

Salam bersiaran,

Sebut saja Cappadocia mesti semua terbayang main attraction kat sana "Hot Air Balloon" kan? Kami dah pasang hajat sebelum sampai lagi, tak shopping x pa tp jgn miss belon panas ni.

Nampaknya memang betul betul rezeki kami kali ni dapat naik belon panas sebab kami dikhabarkan inilah first trip selepas seminggu cuaca x mengizinkan untuk operasi. Mungkin berkat doa masing masing kot berhari hari since sampai di Turki nak naik belon ni. Aamin Ya Allah.

Dari Hotel Hilton ke sini hanya lebih kurang 10 - 15 minit saja. Flight lebih kurang sejam tapi kami di udara lebih setengah jam sebab cuaca yg x mengizinkan untuk landing. Hahaha bonus time lagi. Sejuk gedi oooi.



Kos untuk hot air balloon? Dalam USD250 bersamaan RM1000 duit kita. Ada cheer drink, sijil dan pengalaman yang mungkin tak sama di tempat lain. Jadi, pejam mata saja untuk merasai pengalaman terbaik. Jangan berkira untuk pengalaman melancong.


Sejuk yang teramat.


Ready for take off.


Ini masa nak landing. Akan ada transport yg ready untuk masukkan bakul atas conveyor tu. Then kita turun bila bakul tu dah selamat. Ramai tenaga kerja diperlukan masa nak take off dgn touch down. Berat sungguh bakul ni dengan payung dia.

Nak tangok gambar masa di udara? Jom layan ni.




Teruja sangat . Di bawah akan nampak hotel di celah celah batu, ada jugak rumah atau stor dan banyak tinggalan orang.

Finally, we are done dear.

 
Certificates time and cheer party dengan apple tea. Hahaha boleh gitu?

Banyak lagi tempat best di Cappadodia untuk next entry kalau kak ni rajin. Sementara tu adios dulu.

Bye bye.

Saturday, 18 February 2017

Pamukkale "Cotton Castle"

Tak sabar nak cerita pasal Pamukkale. Ni must visit place sebab kak rasa amongst the best place kita nak tengok kebesaran Allah.

Kami sampai sini dah petang. Dalam cuaca sejuk yang menggil- gigil , kami turun dengan penuh semangat. Mana taknya dalam bas dah cukup tidur. Lagipun, alang- alang dah sampai mesti tengok , snap pictures sebanyak mungkin.

Pamukkale ni di bahagian utara Turki. Yang famous nya di sini tasik yang bertingkat tingkat dan tak ada di tempat lain, tempat rendaman air panas dan Hierapolis Theater yang mengadap pekan kecil Pamukkale. 

Aktiviti pepagi buka email ofis .

Breakfast kami macam ni la hari hari. Dok terbayang dah roti canai dengan nasi lemak Malaysia. Tapi lunch kami dengan dinner semua sedap. Cerita pasal food dan hotel kak cuba buat dalam entry yang lain kalau ada masa na.


Ni lah tempat yang marvelous tu. Masa sampai matahari hampir terbenam. Tapi sempat jugak snap gambar gambar mada cerah. 


Ni gambar dari encik google juga kalau musim summer.

Kalau bukan musim sejuk, kak dah turun rendam kaki bagai. Ada ja yang rendam kaki kat sini sebab dlm sejuk sebab depa nak rasa hot spring kot. Tapi kak x mampu nak buka kasut deknon oi. Mana taknya, kasut yang lawa kak dah terburai tapak sebab kena salji banyak sangat kot ( lagipun dah lama tak pakai kasut tu). Sudahnya pakailah loafer yang spare ni. Cari glue dibaginya chewing gum oleh orang Turki. Takkan nak ikat dengan tali pulak. Balik malam sapu minyak panas untuk aliran darah. 

Kasut yang hanya 3 hari sempat berkhidmat kepada tuan dia.

Sejuk bebenau masa ni. 

Memang cantik kan?? Inilah gambaran kebesaran ciptaan Allah. Jom sama sama kita ucap Subhanallah and dont forget to say thank you Allah anak- anak.

Jeng jeng jeng ,nak tunjuk gambar yang kak suka kat sini. Matahari terbenam sudahnya.

No editing tau. Pakai handphone then set timer ja.

Bila travel solo , nilah kelebihannya. Boleh focus pada shooting. Sayang juga terlupa bawa plak IMANAMIR. 

Ni pulak Hierapolis theater yang masih lagi utuh. Tak boleh bayangkan macam mana orang dulu bina tempat ni secara manual dengan batu batu yang dibawa dari bawah ke atas bukit ni. Tanpa ilmu sains , sebenarnya orang dulu lebih maju.

Tak sempat lama lama sebab rushing dah nak gelap.

Bayangkan macam mana  batu batu tu disusun dan masih kekal di situ.

Favourite pic kami

X sempat nak explore kat atas sana lagi.

Teringin kalau ada rezeki nanti , nak datang masa summer. Mesti lagi cantik tasik ni. Tengok dalam tv, Romantika hari tu siap boleh turun dan ada transport macam buggy bawa ronda kat sini. Syok kan.

Dan lagi..,


Sekian dulu.  Jumpa di lain siaran . Wasalam.

Konya- suffi dance-jamaludin rumi

Dari Bursa kami ke Konya dan seterusnya ke Pamukkale. Antara tempat yang sangat amazing Pamukkale.Rasa macam first time terjumpa tasik garam yang macam ni punya cantik.

Tak mau cerita pasal Konya asalnya sebab tu tempat sejarah. Brief story, kami visit Mevlana Museum  dan solat jamak serta qasar di sana. 

Alang alamg dah sentuh, sebut jugalah untuk general knowledge. Maulana Jamaludin Rumi ni sejarawan ahli fikir pada zaman kebangkitan kerajaan Uthmaniah. Seorang yang sangat berpengaruh, bijak dan dianggap wali Allah. 

Kak ambik dari encik google lakaran Maulana Jamaluddin Rumi.

Katanya tarian Suffi direka setelah kematian Maulana ni untuk menggambarkan keasyikan dan kusyuknya perjalanan mencari Tuhan yang satu. Tapi masa zaman hidup Maulana, beliau x menari pun. Ish ish ish, tak mau story panjang , kak belanja gambar sajalah.


Ni la tarian suffi yang masih lagi wujud zaman ni. Kak tak layan sangat sebab nak tengok you guys pakai skirt nari ja kena bayaq USD30 , hmmm layan dalam youtube dah la.

Sikit pasal Konya Muzium pun kak cerita melalui gambar saja lah.

Dalam bas . Ni pertama kalinya pakai gopro anak. Tapi hasilnya tetap A sebab makcik makcik yang pose pun memang voque.

Belakang tu masjid dan muzium. Dalam muzium tu ada cetakan al quran asal, rambut Nabi Muhammad saw, pakaian dan peninggalan sejarah Islam yang lain.


Makam 

Pakaian Nabi

Naskah al quran


Patung macam nipun banyak. Tak sempat nak explore semua sebab rushing ke Pamukkale.

So, kita jumpa di episod Pamukkale. Till then, adios guys.