Saturday, 9 January 2016

IMAN AMIR designs

Salam bersiaran semua..

Saya mulakan dengan lafaz Alhamdulillah tabarakallah dengan kejayaan yang masih kecil ini jika dibandingkan dengan usahawan fesyen di luar sana.

Setelah bertungkus lumus bertahun tahun , akhirnya hobi meniaga tudung dan blouse saya telah membuka selembar lagi catatan untuk cabaran di tahun 2016. Sudah sampai masanya untuk kami melangkah dengan lebih yakin apabila sudah memiliki  butik fizikal atas logo IMAN AMIR .

Memang segala perasaan wujud sebelum menjelajah ke dunia perniagaan yang 100% lari dari skema kerja sedia ada tapi kerana minat yang mendalam, dengan bantuan dan semangat dari keluarga dan kawan kawan... Taraaa telah wujud sebuah lagi butik own by bumiputera di bandar Kepala Batas ni.


IMAN membawa 1000 makna . Satunya nama di comel gebu permata hati kami. Keduanya , Iman dalam diri setiap hamba di muka bumi ini. Nak berfesyen X de yang menegah tapi biarlah fesyen kita menjadi ikutan di atas kebaikan dan tatacara islam kan?

Cukup sampai di situ. Kita sambung bab preparation di butik dari kerja kerja renovasi,  publisiti dan iklan , stok, label dan sampai ke admin. Semua ni bermula bulan 12 /2015 you all.

Setting up

Idea oh idea pls....


Nice combination kan?

Akhirnya, pada 6/2/2016 terciptalah sejarah permulaan kepada Butik ImanAmir. Ramai yang hadir hari tu. Tak caya jom tengok gambar di bawah ni.


Si comel pun ada you

Alhamdulillah sambutan sungguh memberansangkan. Keep on supporting us.

Selesai sudah demo instant shawl Dan wide shawl oleh model kami.

Lepas ni kami dah susun segala macam program untuk menonjolkan nama Iman Amir sebaris dengan jenama popular.Antaranya, kami bakal menjadi sebahagian daripada keluarga Lazada. Nanti kan kami secara online dan offline. Bagi yg suka shopping secara online boleh kunjungi kami page ImanAmir atau ig kami imanamirdesigns .

Last but not least thank you to all customers and crew for support. Sayang kamu ketat ketat.

Byeeeeee



No comments:

Post a Comment