Cuti sekolah masa yang dinantikan oleh anak-anak. Mak ayah pun mula sibuk apply cuti untuk melayan anak anak.Selalunya time ni lah ramai yang melancong.
Melancong memang sinonim dengan kita. Tak kisah la cuti cuti Malaysia ke ..bagi yang poket tebal boleh la plan ke tempat jauh sikit.
Cuti sekolah dulu kami sekeluarga berpeluang ke Hong Kong -Kowloon - Macau. Budget travel with reference to other blogger's tips especially to jari manis : Travel list . Terima kasih kerana byk membantu.
Budget tiket, hotel, apartment, makan , entrance fee ke Disneyland, Madame Tassaud, transportation dalam RM2500 sorang. Jimat kan sebab kita cover 2 tempat perlancongan.
Nak tentative program sila la inform saya. Insyaallah boleh membantu. Nak publish kat sini banyak sangat la pulak.
Flight lebih kurang 3 jam 34 minit dengan Air Asia. Lepas imigresen clearance , kami terus settlekan pembelian Octopus Card, Tiket masuk Disneyland untuk 2 hari , Tiket masuk the Peak / Madame Tussaud/ Sky Terrace.
........... muka excited dah sampai
Lepas check in Hotel Disneyland , kami tak tunggu lama terus naik shuttle bus ke Disneyland. Cuaca masa ni memang panas. Tapi memandangkan ni cuti sekolah, kami redah jugak la. Bermandi peluh di sana .Anak- anak memang enjoy especially princess Iman. Dua tiga round masuk dreamworld. Yang besar cari gadget yang lebih ekstreme.
Dua hari di Disneyland dgn ticket 2 days pass memang berbaloi.
Checkout hari ketiganya kami ambil train ke Kowloon. Senang jalan di sini sebab train dia memang excellent.
Di Hong Kong tempat yang "must go" as listed semua kami cover.
Avenue of Stars, Masjid Ammar (depan penginapan kami saja), Victoria Harbour (sebelah Avenue of Stars- tengok laser show), Stanley Market, Ladies Market, Victoria Peak (shopping di sini murah especially untuk Coach items collector), 1881.....
Makan tak jadi masalah untuk sesapa yang memilih menginap di area Kowloon. Banyak Pakistan , Indonesia dan muslim yang lain. Tapi harga memang cekik darah.
Hari ketiga kami bernasib baik jumpa orang Indonesia jual nasi bungkus (nasi campur)... Lega jumpa masakan jiran kita. Memang murah sangat. Jual depan stesyen Chu King Mansion tu.Kalau tak silap harga dalam RM6-00 sebungkus. Hari lain memang x jumpa dah , jadi belasahlah beriani RM30 sorang sekali makan.
Ni ada gambar kenangan di sana.. layan je lah
Macau... nanti saya masuk entry lain ye kalau masa mengizinkan.
Adios....
Kaji map sebelum jalan
No comments:
Post a Comment