Sunday, 5 October 2014

Selamat Bertunang Mr Kordy

Salam Aidiladha to all bloggers and viewers.....

Sempena hari baik dan ikatan persaudaraan telah dieratkan lagi sesama saudara Islam.Alhamdulillah petang tadi telah selamat berlangsungnya majlis pertunangan Mr. Kordy dan Farah.Mr Kordy ni adik saya. Selamat bertunang diucapkan kepada kalian.Terima kasih atas hidangan yang marvellous di rumah Farah tadi especially nasi impit . Memang best.



Direncanakan kalau tak ada aral melintang. couple ini akan disatukan dalam majlis pernikahan dan perkahwinan bulan Disember ni. Hitung punya hitung tak sampai 3 bulan majlis akan berlangsung. Semput jugak bila congak punya congak hari yang tinggal. But dont worry Cik Kordy we are ready for your wedding.Kami dah tak boleh rilex.Persiapan bermula sekarang. Get set, ready and go.......



Myself to take in charge of venue, theme and decorations. Sis Azura volunteer untuk handle food and caterer. Diknas as usual kami pass duty to take care of  hantaran and goodies packs. Kak Ta and anak anak please take care of jajan and kuih muih ye. Last but not least, Chaq Din to be in charged on side dishes. Ahak ahakks.....Dah lama kami tak buat kenduri kawin ni. Last was my wedding in 1999 .So, good luck and all the best to everyone.

Terima kasih yang tak terhingga juga kepada jiran mak yang ikut serta rombongan meminang tadi. Haji Desa dengan Cik Bee, Cik Mail dengan Cik Nab dan yang lain lain.Anda adalah yang terbaik.

# We are family.



Thursday, 2 October 2014

Life is wonderful


Assalamualaikum...



Life is so wonderful if we love each other, laugh a lot, happy with works and surrounding environment


 

 



Everyone in this world deserve to be happy....


We are who we are kan...If you choose to be happy you will find and discover your own paths of happiness. As a Muslim bear in mind that you are Khalifah of Allah and you are here for purpose .Always pray  for his forgiveness as we need assistant to be able to find the happiness and peace that  seek..
 
Inilah yang setiap insan impikan. Hidup bahagia, kurang dugaan, dipermudahkan segala urusan dan ketenangan jiwa. Bagi yang berniaga kita pasti mendambakan perjalanan perniagaan yang menyenangkan, tiada  karenah kakitangan yang menjengkelkan. Satu petua yang amat mujarab untuk mencapai semua ini adalah dengan kekuatan dalaman, ketekunan dan keikhlasan bekerja dan yang penting sekali jangan lupa menunaikan zakat ... Berzakatlah dengan harta yang diberi. Pendapatan anda harus dikongsi dengan insan di luar sana. Sekadar berpesan apabila ramai kawan-kawan lebih takut dikejar Lembaga Hasil kerana takutkan cukai tertunggak belum dijelaskan tapi tak wujud perasaan bersalah dan takut bila tidak berzakat. Saya selalu teringat pesan akauntan syarikat, cukai LHDN mesti dibayar tapi biar perpadanan tapi zakat perniagaan biarlah dilebihkan ....Am i right here?
 
 
 
For intelectual  and rich people,happiness is not a guarantee . Being rich is not a magic power to gain happiness. Always bear in mind that you were not born with everything you need. Try to be as good as you can ok.Dengan kata lain, carilah kebahagiaan dengan cara yang afdal dan ikutilah jalan yang telah ditetapkan oleg Allah. Insyallah kebahagian dunia dan akhirat adalah ganjarannya.
 
 Inilah team NYP yang sentiasa menyokong perkembangan bisnes saya.

Adios and hope to see you in next entry. Bye for now
 
Wassalam..
 
 
 
 
 
 
 

Saturday, 27 September 2014

Cycle For Heart

Health is something we cannot buy. Exercise is the best way to stay healthy .

Sempena cuti hujung minggu, Jom kayuh basikal. Memang happening dan terima kasih sgt kepada boyfriend saya bila sesekali dapat luang masa untuk kayuh basikal.Kita tinggal anak-anak kat rumah tiga jam ya.

Anjuran Adventist Hospital n Penang tourism, bermula di Beach Street  melalui Gurney Road sampai ke Straits Quay  dan patah balik ke Beach Street. Kayuhan 20km memang tak terasa bila sekali sekala dapat kayuh beramai-ramai. Namapun fun ride that why kami rasa enjoy. Tak ada time given for completion so kami siap berhenti lagi snap photos sekitar Gurney Plaza.

Sampai ke tempat permulaan, ada lagi event lain menunggu. Tara..... berzumba pula kali ni...Hari membakar kalori seMalaysia la kalau macam ni. Kami memang enjoy dengan program anjuran Tourism of Penang ni. Hope that we can join for next event. Bulan Oktober insyaallah for kayuh 40km...Ada berani???





Friday, 26 September 2014

Cuti cuti Malaysia

Sempena cuti merdeka baru - baru ni, baru blh plan holiday dgn family. Alhamdulilah Allah kurniakan kami kesihatan yang baik, rezeki yang murah akhirnya plan last minit kami menjadi.

Destinasi kali ni ialah  Avani Resort, Sepang.Terletak di Padang Lalang. Tak sampai 1 jam perjalanan dari KLIA. Perjalanan berkereta dr Penang 5 jam mmg meletihkan.Tp tak pa coz kali ni percutian di resort sj .Memang berbaloi dtg sini sbb resort dia mmg world class. Lanskap Yg so natural, facilities yg tip top (except for basikal yg not really well maintained).Breakfast yg super delicious...Dinner kami pilih utk makan luar resort sbb ada deretan gerai ikan bakar dan seafood .

Bagi yang ingin merehatkan minda bersama keluarga , cepat cepat lah book resort ni...No regret .Alamilah sukan air sama ada extreme atau sedang sedang, village tour by bicycle, amazing swimming pool, etc.

We enjoyed the place go back fully energized...planning untuk cari duit balik untuk tampung poket koyak...









Hong Kong & Macau

Salam and good morning to all...


Cuti sekolah masa yang dinantikan oleh anak-anak. Mak ayah pun mula sibuk apply cuti untuk melayan anak anak.Selalunya time ni lah ramai yang melancong.

Melancong memang sinonim dengan kita. Tak kisah la cuti cuti Malaysia ke ..bagi yang poket tebal boleh la plan ke tempat jauh sikit.

Cuti sekolah dulu kami sekeluarga berpeluang ke Hong Kong -Kowloon - Macau. Budget travel with reference to other blogger's tips especially to jari manis : Travel list . Terima kasih kerana byk membantu.

Budget tiket, hotel, apartment, makan , entrance fee ke Disneyland, Madame Tassaud, transportation dalam RM2500 sorang. Jimat kan sebab kita cover 2 tempat perlancongan.

Nak tentative program  sila la inform saya. Insyaallah boleh membantu. Nak publish kat sini banyak sangat la pulak.

Flight lebih kurang 3 jam 34 minit dengan Air Asia. Lepas imigresen clearance , kami terus settlekan pembelian Octopus Card, Tiket masuk Disneyland untuk 2 hari , Tiket masuk the Peak / Madame Tussaud/ Sky Terrace.



........... muka excited dah sampai

Lepas check in Hotel Disneyland , kami tak tunggu lama terus naik shuttle bus ke Disneyland. Cuaca masa ni memang panas. Tapi memandangkan ni cuti sekolah, kami redah jugak la. Bermandi peluh di sana .Anak- anak memang enjoy especially princess Iman. Dua tiga round masuk dreamworld. Yang besar cari gadget yang lebih ekstreme.



Dua hari di Disneyland dgn ticket 2 days pass memang berbaloi.

Checkout hari ketiganya kami ambil train ke Kowloon. Senang jalan di sini sebab train dia  memang excellent. 

Di Hong Kong tempat yang "must go" as listed semua kami cover.

Avenue of Stars, Masjid Ammar (depan penginapan kami saja), Victoria Harbour (sebelah Avenue of Stars- tengok laser show), Stanley Market, Ladies Market, Victoria Peak (shopping di sini murah especially untuk Coach items collector), 1881.....

Makan tak jadi masalah untuk sesapa yang memilih menginap di area Kowloon. Banyak Pakistan , Indonesia dan muslim yang lain. Tapi harga memang cekik darah.

Hari ketiga kami bernasib baik jumpa orang Indonesia jual nasi bungkus (nasi campur)... Lega jumpa masakan jiran kita. Memang murah sangat. Jual depan stesyen Chu King Mansion tu.Kalau tak silap harga dalam RM6-00 sebungkus. Hari lain memang x jumpa dah , jadi belasahlah beriani RM30 sorang sekali makan.

Ni ada gambar kenangan di sana.. layan je lah


Macau... nanti saya masuk entry lain ye kalau masa mengizinkan.

Adios....



Kaji map sebelum jalan