Friday, 24 March 2017

Tipah tertipu dik non.

Salam siaran tergendala,

Entry Turki belum selesai tapi kak nak mengadu dan lepas perasaan kat sini pasai satu travel agen ni " Kembara SSRTC". Selama ni dok dengar orang kena tipu bila deal melalui online. Tup tup tup kak yang bijak pandai ni pun kena juga. Tipah tertipu dik non.




Rancangan untuk Korea kami decide dari bulan 12/ 2016 masa dok berpantang bersalin si kecik kami, Amir Zikri untuk 2017 family trip. Memandangkan sekarang ni banyak individu yang arrange ground dengan budget ikut kita sendiri dalam fb, kami tertarik nak join trip cuti sekolah 21/3 - 25/3/2017 ke Seoul, Korea.

Terus contact the owner of the company untuk booking. Kami berenam , so kena bayar RM6000 as the deposit. Ok fine, settled bab deposit sudah.

Masuk pertengahan bulan Januari 2017, mula rasa cuak bila tgk fb ni tak active. Tapi masih lagi positif sebab si Shalihhin , founder  dia keep on telling us that he is busy sebab dia one man show company.

Masuk bulan 2, masih sunyi flight details pun x bagi lagi . Lama kot kak minta sebab nak book tiket PEN- KUL - PEN.
Lepas dok push, akhirnya bagi time departure dengan arrival tapi x bagi flight no. and details bagai.


Ish ish ish, ni dah lain macam , macam la kami tak pernah makan angin kat oversea.

Finally, dah tak tahan sangat, atas advise kawan yang kerja di travel agency, dengan rasa nervous kak p airport, Kepala Batas, Alor Setar check dengan AA directly. Fuh!! benar jangkaanku. Nama pun x dak dalam passenger list. Adoi, kak dah terkena.Nasib baik tak book lagi domestik flight.

Ok ok ok jangan panik. Firstly, buat SSM  search , tengok result lagi hairwire rupanya dia x register pun untuk travel agency. Lesen jual binatang kot. Company pun enterprise saja. Punggah!

Secondly, buat report polis. Bla bla bla, viralkan ke fb dia dan company. Polis called untuk siasatan , janji nak bayar balik esok kat kak. Fine, tunggu punya tunggu akhirnya minggu ni dia dah bayar balik RM4000 . Katanya baki RM2000 minta seminggu tapi sampai ke saat ni memang  x dak lagi la.

Thirdly, post dan tag dia di fb.Niat memang x mau malukan dia tapi bila difikirkan mesti ramai akan jadi mangsa kalau dibiarkan. Hasilnya, kak dapat ramai  kawan yang turut tertipu dengan dia.

Pengajaran yang penting dari cerita ni untuk adik adik kat luar sana. 

1. Jangan mudah tertipu dengan special promo di alam maya.

2. Selidik dulu background company tu. Kalau company tu bukan Sdn. Bhd. jangan dok confident sangat unless kalau dia iklan bawah individu personally.

3. Make sure company tu berdaftar dengan kementerian perlancongan. Selalunya melalui nama syarikat kita dah boleh tahu . Kalau yang berdaftar mesti di hujung ada perkataan holidays, travel, agency dll.

4. Sebaik saja buat payment ke syarikat , make sure resit dikeluarkan . Tak kisah la melalui email, whats app atau apa apa medium pun untuk rekod dan bukti. Bank in transaction, transfer atau apa apa payment secara online atau fizikal mesti simpan. Elak buat bayaran secara tunai kecuali kalau syarikat tu boleh keluarkan resit masa bayaran dibuat.

5. Follow up selalu untuk elak ketinggalan maklumat. Lagi elok kalau tour leader boleh wujudkan group whats app. Biar semua orang ada maklumat.

Ikut hati memang nak failkan kes ke tribunal KDNKK tapi bila fikirkan kesian sebab budak ni masih muda , ada masa depan kalau nak berubah. Kita pakat pakat berdoa dia diberikan hidayah dalam hidup.

Wassalam.