Monday, 30 January 2017

Part 1 -BURSA


Perjalanan yang berbelas jam memang meletihkan. Rasa nak pitam sat . Lepas check in di Hotel Keravansaray, Bursa terus dinner dan masuk bilik tak keluar keluar dah.

Cek nak cerita pasal Bursa dalam page ni. Tapi, sebelum tu nak bagi intro dulu kepada Bursa:- merupakan kita keempat terbesar di Turki selepas Istanbul, Ankara dan Izmir. Bursa bermula pada zaman kebangkitan pemerintahan kerajaan Ottoman. Nak tau details sila rujuk google k. Banyak kisah kegemilangan keluarga Osman Gazi dan keluarganya dalam internet.

Banyak tempat menarik di sini tapi biasalah bila datang berkumpulan kami cuma sempat ke highlight places saja. Nak mai lagi kalau boleh tapi bila pikir jarak dari satu tempat ke tempat yang lain, rasanya tak dah kot.

Ok, kita sambung semula.Tentatif bermula seawal jam 7pagi bila mana kami check out . It was snowing at that time. Kalau ikut ramalan cuaca, sejuk sekitar 7'celcius saja tapi ni dah -10'c. Dalam meredah sejuk sempat lagi bergambar dengan salji.


Ni gambar malam masa sampai di hotel.


Salji ala ala manja saja.

Destinasi pertama kami ke Grand Mosque atau Masjid Ulu Cami. Rasanya kami group pertama yang sampai sini sebab masih lengang. Masjid ni terkenal dengan sejarah Nabi Khidir as dikatakan pernah bersembahyang di sini. Selain itu, seni tulisan khat di sini amat terserlah. Kaligrafi seperti 3D telah wujud di zaman tu. Aha jangan terkejut bila tengok kaligrafi di dinding dengan tigaperkataan dari 3 sisi .

Terpesona dengan kecantikan masjid dan sejarah masjid ni.


Awal sungguh kami sampai. Nampak tak salji di lantai masjid? Sejukkan??


Tempat yang dikatakan Nabi Khidir bersembahyang. Ramai pelawat yang datang cuba untuk solat di kawasan ni sebab menurut kepercayaan mereka sedang bersembahyang bersebelahan Nabi Khidir a.s. Waallahualam.


Inilah seni khat tulisan wau ditulis oleh Nabi Khidir.

 Asal dulu kubah terbuka. Air hujan turun langsung masuk ke kolam dan disimpan untuk air sembahyang.

Kolah untuk wudu' kaum Adam di belakang tu.

Next station, Masjid Hijau dan Silk Bazar. Tempat ni dekat saja dengan grand mosque.


Tempat wuduk yang sangat menarik.

Bangunan masjid ni warnanya hijau. Lupa nak buat research nama asal masjid ni.
Masjid ni tak besar mana, senibina dan interior yang mempunyai kelas tersendiri. Ada lakaran bunga tulip sebab orang sini percaya tulip itu adalah perlambangan kepala Allah.Perkataan tulip itu bermaksud Allah dalam bahasa Turki.





Masjid ni terletak bersebelahan dengan Bursa Bazar.



Shopping time.Sayang x boleh ambik gambar dalam tu.

Tempat ni best sebab barang di dalam memang lawa lawa , harga mahal sikit tapi menyesal x beli silk shawl kat sini sebab dah x jumpa shawl yang meletops di tempat lain.

Mungkin masa yang suntuk dan tempat persinggahan pertama untuk shopping, berkira kira nak beli akhirnya melepas. Apapun terima kasih untuk teh apple yang sedap .

Masing masung leka menikmati teh apple dalam keadaan santai.

Rasanya setakat ni dulu ya. Ingat nak masuk terus story ke Pamukalle tapi dah letih sangat. Bye jumpa lagi nanti, in sha Allah.

Saturday, 28 January 2017

Travel Tiada Berpisah - TURKI

Salam bersiaran,

Setelah sekian lama tak keluar tengok dunia luar, finally today is the day you all. 25/1/2017 melangkah keluar dari negara bertuah ni. Nak cari inspirasi baru, nak bernafas dengan lebih bersemangat di tahun 2017. Bak kata reporter glamour si Rudi, "Memang seronok berangan tapi lebih seronok lagi kalau angan - angan tu jadi kenyataan." Kan kan kan??? Setuju sangat . Melangkah keluar meninggalkan keluarga tersayang memang berat tapi meninggalkan untuk kebaikan, semoga Allah menjaga dan melindungi kesayanganku.Amiin.

Dengan penerbangan Qatar Airways dari KLIA jam 9:15 pagi menuju ke Doha dengan penerbangan hampir 8 jam. Dari Doha transfer ke flight yang lain ke Istanbul 4 jam lagi memang penat. Harap percutian inspirasi kali ini benar benar memberi pengalaman yang baru.


Semangat walaupun x cukup tidur. Mengatur rancangan untuk perjalanan bisnes yang lebih teratur dan aggresif.

Travel partner kali ni, Nik Haswani yang sentiasa on bila ada plan jalan walaupun spontan. Kami selalu terjah sesuka hati. Tapi kali ni rancangan nak berbag pack x menjadi sebab busy sangat dgn daily routine. Memilih Al-Ilmi Travel untuk mengatur pakej.Thanks for good hospitality and highly recommended especially for those yang nak hotel dan makanan yang best.

Persediaanpun sebenarnya x banyak sangat. Bawa keperluan pakaian musim sejuk, ubat , makanan dan pakaian yang minimum saja . Musim sejuk baju tak berbau walau pakai berhari hari, nak tayang baju ala ala Che Ta pun x boleh coz sentiasa berbungkus. Tak sabar nak tengok negara Mustafa Kamal Altartuk ni. Now is the time. Nanti update lagi na dalam diari bermuka muka ni.


Group photo adalah wajib bila travel secara kumpulan ni.


Muka happy tak hengat nak mula jalan. Selamat tinggal suami dan anak anakku.

Sampai di airport, tour guide kami yang cun melecun dah tunggu. Orangnya kecil saja, nama Rukiah aka Cik Kiah. Mai nak belanja photo Cik Kiah.

Comel kan?? Single and available lagi.

Dari sini , kami mulakan tour ke Bursa. Istanbul ke Bursa lebih kurang dua jam. Perut lapar sangat . Bila berjalan ke tempat orang redha sajalah dengan makanan local. Dalam bas semua peserta dapat bekal kebab dgn jus buah. Boleh la takat nak kenyang.

Cerita Bursa , sila jengah ke page yang lain .

Sekarang nak tidur dulu lepas menempuh perjalanan panjang dan memenatkan.

Assalamualaikum and good nite dari Bursa at 9:00pm local time.

Ni hotel kami. Keravansaray nama dia.

Sejuk tak hengat. Ramalan cuaca yang tak benar belaka.

Thursday, 19 January 2017

Terima Orang Baru

Assalamualaikum dan salam bersiaran semula.

Kenangan terindah di tahun 2016 untuk kami sekeluarga bila lahirnya AMIR ZIKRI pada 7/11/2016.

Ingatkan rezeki kami setakat 2 Lelaki 1 perempuan, tak pernah merancang untuk tambah lagi. Tapi ketentuan Allah melebihi segalanya.


Another boy in the house. So kakak Iman will be the only flower amongst the thorns.

Bermula episod berjaga malam, menyusu segala. Dah lama sangat tidur senyenyak nyenyaknya. Redhalah sekarang hakikat dah ada baby balik ya. Letih memang tak terkata tapi rasa happy melebihi segalanya. Abang abang dengan kakak seronok melayan si adik.

Alhamdulillah sekali lagi ada anak anak yang dah besar, semua berebut nak jaga adik, ada maid dan suami yang  boleh menghulurkan bantuan.

Sekarang Zikri dah hampir 3 bulan. Ibu pun dah masuk kerja . Terpaksa tinggalkan Zikry di rumah. On and off singgah juga balik tengok si kecik ni. Rindu awak sayang. 

Nak belanja sikit gambar Zikry kat sini. Seronok ada baby balik selepas 8 tahun.


Selamat menjenguk dunia.


Papa & baby precious

Dah besar anak ibu.

Semoga jadi anak soleh dan harta kami dunia dan akhirat.

Adios.